Friday, August 6, 2010

Mushi-Mushi!!!Salam perkenalan kepada semua. Hari ini, 7hb Ogos 2010 pada jam 8.30am bermulalah kehidupan baru aku sebagai seorang blogger secara part time. Keinginan untuk mencuba menjadi blogger ni timbul selepas aku melihat wife aku terlalu taksub dengan blog-blog di internet sampaikan sanggup tido sampai lewat malam.Ishhhh....yang tak bleh tahannya,esok bila pi kerja,matanya tak payah pakai eyeshadow@makeup sebab bawah mata dah gelap (kes tak cukup tido). Bangun lewat confirm. hahhaahahha. Tergerak skit hati aku nak cuba jadi blogger jugak. Mana tau bleh tambah rakan-rakan dan berkongsi pengalaman kehidupan aku sekeluarga. Banyak cerita yang aku nak kongsi dengan korang. So, please support me guys! :)

Namaku Ahmad Zakuan Zaidi bin Safihi. Dilahirkan di sebuah perkampungan di Besut, Terengganu.  adik beradik ada enam orang. Nama aku rasanya agak panjang. Bila dalam kelas selalunya aku hantar kertas exam lambat skit sebab nak menulis nama aku je dah amik masa. Emmmm..Bila aku tanya mak aku kenapa letak nama sebegitu rupa, mak aku jawab sebab aku anak sulung. Diorang terlalu excited nak tunggu aku keluar dari perut, Hahahaha..apa-apa pun,mama and abah, i love u so much! Well..Aku hanyalah budak kampung seperti yang lain. Berkubang di lumpur...mandi-manda di sungai..menjala bersama arwah atukku dan sebagainya. Pengalaman ini aku percaya bukan semua orang akan dapat merasainya terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Tapi jika korang ingin merasakan pengalaman tersebut, korang bleh ikut aku balik kampung bila free. Seronoknyerrr!

Ok..mari aku kenalkan korang dengan keluarga aku. wife aku namanya ismaliza bt Ismail.Orang kampung Jawa, Klang. Cantik banget orangnyerr! aku jumpa dia masa chatting YM..hahahaha. Ini dah kira cinta cyber. Dulu masa zaman aku, Yahoo Chat and ICQ memang tengah popular giler. Elokla tu, bercinta bukan main jauh. Sorang kat UTM Skudai dan sorang lagi kat UKM Bangi. Jumpa ujung minggu naik bas pi KL..itula aku..haahhaha. By the way,  bini aku ni kerjanya Senior accountant di MasCargo. (psstt...gajinya lagi besar dari aku! Sebab tu aku sayang bini aku..huhu!) aku dah kawin dan punyai 2 orang anak pompuan.


Anak-anak kesayangan aku ada 2 orang. Dua-duanyer girgirl dan sangatlaa cute. Yang first namanya Qaseh Lia Batrisyia. Umur 3 tahun. Sangat petah berkata-kata dan bijak. Kalau aku balik dari kerja je, confirm dia tunggu depan pintu sambil marah-marah sebab tak bawak dia sekali pi ofis aku. Aktiviti kegemaran dia adalah berposing depan kamera. Rancangan TV kegemaran dia adalah Upin & Ipin, Adi dan Ayah, Geng Bas sekolah, Hikayat Putera Shazlan, Asarichan, Hagemaru dan banyaklaa lagi. Remote astro dia punya bila time tengok TV. Aku rasalaa pengaruh TV memang dah kuat dalam kepala dia sebab bila aku bawak dia temankan aku main futsal, dia boleh menjerit kat luar...'papa hebat! papa hebat! pakcik Benny kalah!!!???..(pengaruh Adi dan Ayah!) baguslaa Qaseh. Papa sayang Qaseh!

Anak aku yang kedua ni namanya Qaireen Aleesya. Umur 11 bulan. Suka merempit atas walker. Memang dia yang paling laju dalam rumah bila dah masuk dalam walker. Semua benda dia langgar. Lagi satu yang best, bila time tido dia bleh hilang dari tempat tido dia. Tau-tau dah ada celah almari, belakang pintu. Berguling-guling buat tak ingat bila tido. Track record, dah dua kali jatuh katil. Lastly kitorang turunkan gred hotel dia dari 5 bintang (atas katil) ke 3 bintang (tilam toto atas lantai). Poor Aleesya. Apa-apa pun papa sayang both of u!

2 comments:

  1. huu..so comel!qaseh tu pengaruh abg la tu.rindunye nk blik mlysia.
    keep uploading cite2 best from mlysia.kang gmbr raye pon keen upload kt blog jgk.n_n

    ReplyDelete
  2. Thanks Ain.Nanti jgn lupa bagitaw kawan2 yang lain utk support blog abang okie, especially Flo. Muah!!!

    ReplyDelete